Khamis, 27 Ogos 2009

cucu nenek moyang

salam cucu buat cucu-cucu moyang semua..

Berapa lama lagi bangsa melayu harus dijajah!.Dahulu dijajah secara fizikal dan material oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, yang mana membuat nenek moyang kita sengsara dan derita untuk ratusan tahun.

SEKARANG.. dijajah pula secara tidak langsung.. nama sahaja Tanah Malaya berapa kerat sahaja orang melayu yang berjaya.. Pendidikan? Ekonomi?? Harta??? (yang ada itu pun kelihatan semacam keluarga bangsawan di zaman penjajahan)

Angan-angan orang melayu tinggi selepas pasca merdeka.. mahu mengubah entiti dari keluarga tani/nelayan kekeluarga berbudaya yang mahu dipandang mulia dan tinggi (i.e mengambil kira sosio budaya dan ekonomi orang melayu di Tanah Malaya sahaja)

HARI INI.. kelihatan macam berjaya... iya sungguh macam berjaya.. tetapi malangnya sebahagian besar berjaya dengan kejayaan Pak kadok ikon orang melayu.. ok lah tu.. janji ada sejarah kejayaan untuk tatapan generasi akan datang.

Sebilang kecil orang melayu yang berjaya itu (i.e ekonomi @ Kuasa) memper"kuda"kan orang melayu lainnya.. ini tidak termasuk lagi yang sedang di"keldai"kan oleh 'ORANG LAIN'.

Orang melayu ber'keju' bertelagah dengan orang melayu ber'kopiah' dengan retorik dan ideologi dan mendapat sorakan MAXICAN WAVE dari orang melayu.. Hebat sungguh hebat.

Kenapa ya bangsa/keturunan melayu di nusantara melayu secara khususnya di Tanah Malaya ini senang dijajah kalau pun tak fizikalnya.. mentalnya?

MELAYU KATA MELAYU MUNDUR
biarkan...biarkan.........................................................................Horey..horey..
MELAYU KATA MELAYU JAHIL
biarkan...biarkan.........................................................................horey..horey..
MELAYU KATA MELAYU MALAS
biarkan..biarkan..........................................................................horey..horey..
MELAYU KATA MELAYU SESAT
biarkan..biarkan..........................................................................horey..horey..
MELAYU KATA MELAYU KALUT
biarkan..biarkan..........................................................................horey..horey..
MELAYU KATA MELAYU KUFUR
biarkan.. biarkan..........................................................................horeeeeeeeee
Me......eh..eh.eh
biarrrrrrrrr leeeee......................................................................ZZZZzzzzzzz


kayu lidi buat "sepit"
masak lauk daun "kari"
orang melayu dah sakit
harap jangan cepat mati..


bye.. wasalam